Pengenalan
Penagihan dan
pergantungan terhadap dadah ialah satu masalah serius yang kini melanda segenap
lapisan manusia di dunia. Setiap tahun, peningkatan penagihan dadah
menunjukkan seperti kita telah pun tewas kerana usaha-usaha memerangi gejala
ini berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang begitu besar sekali.
Definisi
Dadah atau ‘Drug’
dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai
dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’. Selain itu, dadah
juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan
simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan
tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah.
Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan
makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya, kafeina diambil
sebagai perangsang).
Secara umumnya,
dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, sama ada berbentuk asli atau
tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi
fizikal atau mental.
Teori
Beberapa teori
dan pendapat telah diajukan untuk cuba menghuraikan bagaimana seseorang itu
boleh menjadi penagih dadah, tetapi sehingga sekarang kita belum lagi pasti apa
sebenarnya yang mendorong seseorang itu menjadi penagih. Penagihan berbanding
dengan penyakit fizikal merupakan penyakit mental yang belum diketahui punca
sebenarnya dengan tepat.
Teori Moralis
Ahli moralis
bertanggapan bahawa penagih dadah sebagai penjahat, sampah masyarakat dan juga
pengamal dosa yang akan masuk ke dalam neraka. Mereka berpendapat bahawa penagih
ini perlu dihukum dengan hukuman yang berat seperti dipenjara dan dipaksa
menceraikan isteri mereka. Ahli moralis tidak percaya bahawa penagih ini boleh
dirawat dan mereka sekali-kali tidak percaya bahawa aspek saintifik dan
perubatan dapat membantu merawat pesakit yang mengalami gangguan penagihan
dadah.
Punca
Kurang Didikan agama daripada ibu bapa
Penagihan dadah
ini berpunca daripada kurangnya didikan agama ibu bapa kepada anak-anak mereka
sejak dari kecil lagi. Hal ini berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan
iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan
jahat.
Tekanan
Punca berlakunya
penagihan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah
peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi
berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga
tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan
penyelesaian, mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai
teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya,
kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing
dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan
diri dalam penagihan dadah untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
mereka.
Kurang Pengetahuan tentang Dadah
Seterusnya, punca berlaku penagihan dadah ialah kurangnya pengetahuan tentang dadah.
Sebenarnya, masyarakat di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari, dadah boleh
menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat
keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.
Pengaruh Rakan Sebaya
Punca lain
berlakunya penagihan dadah ialah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikan
kerana, rakan merupakan orang terdekat dengan kita selepas keluarga. Penagihan
dadah ini berlaku apabila seseorang itu kerap menghabiskan masa bersama dengan
rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Oleh hal yang demikian,
individu tersebut akan mengikut dan melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan
mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah tersebut. Terdapat juga
kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya, mereka akan
disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.
Kurang Didikan Agama
Selain itu,
kurangnya didikan agama juga merupakan punca penagihan dadah berlaku. Mereka
yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penagihan
dadah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pegangan agama yang kuat
seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Punca kurangnya
didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam
kehidupan iaitu dengan melakukan perbuatan salah seperti menagih dadah.
Statistik
Berikut merupakan statistik penagihan dadah yang berlaku di Malaysia.
JUMLAH
PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT STATUS KES, 2010-2015
|
|||
Tahun
|
Baru
|
Berulang
|
Jumlah
|
2010
|
17,238
|
6,404
|
23,642
|
2011
|
13,683
|
5,848
|
19,531
|
2012
|
10,301
|
4,800
|
15,101
|
2013
|
13,481
|
7,406
|
20,887
|
2014
|
13,605
|
8,172
|
21,777
|
2015
|
20,289
|
6,379
|
26,668
|
Nota:
i) Data yang dijana
adalah menerusi sistem MyAADK dan merangkumi hukuman Seksyen 38B ADB 1952.
ii) Baru - Penagih
yang dikesan kali pertama menjalani rawatan/pemulihan/pengawasan di AADK.
iii) Berulang -
Penagih yang pernah dikesan menjalani rawatan/pemulihan/pengawasan di AADK
sebelum ini.
Sumber rujukan : http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah
Sumber rujukan : http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah
Langkah yang berkesan untuk mencegah dan menangani isu
Terdapat beberapa
langkah yang berkesan kita perlu ambil untuk mencegah dan menangani isu ini
iaitu yang pertama ialah ibu bapa haruslah menerangkan secara terperinci
tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan
yang betul kepada anak-anak mereka.
Selain itu, media massa juga harus memperbanyakkan penyiaran berita dan cerita-cerita yang membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian.
Selain itu, media massa juga harus memperbanyakkan penyiaran berita dan cerita-cerita yang membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian.
Kerajaan melalui badan-badan atau sektor-sektor tertentu, harus bijak
membanteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik
minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak
dengan masalah penagihan dadah. Contohnya, Program Rakan Muda yang
diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Selain itu,
kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan
melibatkan kumpulan masyarakat yang sering menjadi sasaran mudah oleh para
penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak,
serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tenteng kesan-kesan buruk
penyalahgunaan dadah.
Seterusnya,
pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk
mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah.
Masyarakat di negara ini juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang
menyihatkan seperti bersukan dan beriadah agar dengan melakukan aktiviti
tersebut, semua lapisan masyarakat dapat mengelak daripada mengambil dadah.
Bukan itu sahaja,
tindakan undang-undang juga hendaklah diperkasakan lagi dengan mengenakan
hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang
lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.
Kesimpulannya,
pengambilan sesuatu ubat-ubatan atau bahan yang mempunyai kandungan dadah
secara berlebihan boleh mengakibatkan penagihan dadah. Penagihan dadah yang
berpunca daripada banyak faktor boleh mengakibatkan banyak masalah sosial
berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi
untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap sebagai musuh utama negara. Antaranya
adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah
mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, masalah ini tidak
akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak
mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh
membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah
agar masyarakat kita tidak menjadi lemah dan tidak terus dibayangi oleh dadah
yang boleh merosakkan masa depan yang cerah.
Rujukan
ASLIE, A. M.
(2009). JENAYAH. Selangor Darul Ehsan: ALAF 21 SDN. BHD.
Hussain Habil,
Mustafa Ali Mohd. (2003). PENYALAHGUNAAN DADAH. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan . (1995). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manaf, F. S. (2001). PENGENALAN KERJA SOSIAL.
Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
MENCEGAH SALAH GUNA
DADAH MELALUI KAUNSELING. (1983). KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
RAHIM, A. A.
(2014). JENAYAH KANAK-KANAK DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment